Search This Blog

Sunday, January 9, 2011

dont be snobbish.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.Riwayat Muslim

Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Assalamualikum.. so, sombong and takbur.. nape ek Allah benci sangat sifat ni?Ingat tak time tadika dulu2 kite slalu je dengar kisah tentang cite iblis, yang dulunya dalam syurga dan taat setia pada Allah, tetapi bila diseur untuk sujud kepada Adam, iblis ingkar dan tidak sujud kepada Adam. Rase2 ape yang ada dalam hati iblis time 2? For sure sifat sombong dan takbur, takbur ni menolak yang benar dan menghina orang lain. Walaupun iblis telah berada di tempat yang mulia tapi ngan sifat sombong iblis boleh durhaka kepada Allah oleh sebab kesombongan. Ada ulama’ cakap sebab itulah dengan adanya sifat sombong lam hati kita, kita tidak dapat masuk syurga sebagaimana iblis dicampak dari syurga kerana sifat ini.

“maka keluarlah engkau daripadanya (syurga) maka engkau adalah orang yang terkutuk” [Al Hijr, 34]

Pengajaranya pada kisah tersebut dan hadis tersebut is, orang yang ada sifat sombong akan di masukkan ke dalam neraka walaupun ada sifat ini walaupun sedikit je. Orang yang sombong bererti merebut sifat Allah swt. Allah sahaja layak untuk membesarkan diri dan sesiapa yang hijack sifat itu akan dimasukkan kedalam neraka.

Kalau nak ikotkan senang je kita nak ada sombong dalam diri, hari2 deal with sombong ni sebenarnya. Lam exam, dapat pointer tinggi pn nak sombong wlpn meniru , pakai yang cantik pn nak sombong padahal beli tepi jalan je, Naik kereta mewah pun nak sombong padahal die driver, tuan milik kereta pn tak sombong. Islam tak larang kalo kita nak pakai apa2 yang mahal, baju harga 1juta pun, tetapi jangan ada sifat sombong dalam diri kita, hati dan niat.


No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran