Search This Blog

Monday, January 3, 2011

niat di hati


عن
 أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
 Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

[Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi]


assalamualikum, aku rasa hadis ini berkait rapat dengan aku, aku telah banyak berhijrah atau berubah dari diri aku yang sebelum ni kepada apa yang aku ada sekarang, insyAllah aku berhijrah kerana Allah.. Hadis ni banyak mengajarkan aku erti niat dan perubahan pada diri..kisah aku bermula dengan perkenalan dengan seorang perempuan yang lebih kurang sebaya denganku, dia merupakan seorang yang bijak dari keluraga yang beragama malah boleh dikatakan sangat beragama, kami sama2 mentah dan tidak tahu sepak terajang iblis, selama 1 tahun lebih kami lalai dari Allah dan sesat dalam cinta duniawi, Alhamdulillah selepas aku keluar dari prauniversiti kami diberi secebis hidayah dari pada Allah.. secebis kesedaran muncul dalam hidup kami..

kami mula insaf, mula sedar yang cinta kami sebelum ini bukanlah cinta yang akan membawa kami ke syurga..air mata demi air mata, keinsafan demi keinsafan, taubat demi taubat..tiba2 bila aku terbaca hadis ini, aku terfikir, adakah aku berubah dan berhijrah kerana si dia ataupun aku benar2 mendapat hidayah dari Allah dan sedikit sebanyak berubah demi Allah..kalau aku berubah demi cinta makhluk, apa yang aku akan dapat cinta seorang makhluk, tapi kalau aku niat kerana Allah sudah tentu kasih sayang dari Allah aku dapat dan kasih sayang yang halal dari makhluk pn aku dapat, InsyAllah..

kerana niat adalah punca segala amalan, amalan yang baik mesti dari niat yang baik dan amalan yang buruk dari yang buruk..dan jangan lupa, yang niat yang baik dilakukan dengan amal yand tidak dilakukan dengan tidak mengikut hukum syara’ tidak akan membawa kepada kebaikan kepada kita..sama juga dengan niat yang baik dan tidak diniatkan kerana Allah adalah sia2 sahaja..

so skarang ni aku kene betulkan lagi niat aku, berubah bukan kerana si perempuan tetapi kerana Allah.. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu besar menjadi kecil kerana niat..hijrah merupakan amalan peristiwa yang besar dalam islam, so siapa2 yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya akan mendapat pahala yang besar dan sesiapa yang berhijrah kerana benda duniawi dan perempuan, maka mereka akan mendapat apa yang diniatnya..walaupun hijrah tiada lagi, kita boleh hijrah dengan makna meninggalkan maksiat..

bercinta kerana Allah dan berpisah kerana Allah..dan tiada erti couple sebelum kahwin dalam islam..cubalah paham hasutan syaitan, tidak kiralah anda berkopiah atau bertudung labuh..this is uddinsakki just drop by to remind you..assalamualikum 

No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran