Search This Blog

Sunday, January 9, 2011

dont be snobbish.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.Riwayat Muslim

Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.

Assalamualikum.. so, sombong and takbur.. nape ek Allah benci sangat sifat ni?Ingat tak time tadika dulu2 kite slalu je dengar kisah tentang cite iblis, yang dulunya dalam syurga dan taat setia pada Allah, tetapi bila diseur untuk sujud kepada Adam, iblis ingkar dan tidak sujud kepada Adam. Rase2 ape yang ada dalam hati iblis time 2? For sure sifat sombong dan takbur, takbur ni menolak yang benar dan menghina orang lain. Walaupun iblis telah berada di tempat yang mulia tapi ngan sifat sombong iblis boleh durhaka kepada Allah oleh sebab kesombongan. Ada ulama’ cakap sebab itulah dengan adanya sifat sombong lam hati kita, kita tidak dapat masuk syurga sebagaimana iblis dicampak dari syurga kerana sifat ini.

“maka keluarlah engkau daripadanya (syurga) maka engkau adalah orang yang terkutuk” [Al Hijr, 34]

Pengajaranya pada kisah tersebut dan hadis tersebut is, orang yang ada sifat sombong akan di masukkan ke dalam neraka walaupun ada sifat ini walaupun sedikit je. Orang yang sombong bererti merebut sifat Allah swt. Allah sahaja layak untuk membesarkan diri dan sesiapa yang hijack sifat itu akan dimasukkan kedalam neraka.

Kalau nak ikotkan senang je kita nak ada sombong dalam diri, hari2 deal with sombong ni sebenarnya. Lam exam, dapat pointer tinggi pn nak sombong wlpn meniru , pakai yang cantik pn nak sombong padahal beli tepi jalan je, Naik kereta mewah pun nak sombong padahal die driver, tuan milik kereta pn tak sombong. Islam tak larang kalo kita nak pakai apa2 yang mahal, baju harga 1juta pun, tetapi jangan ada sifat sombong dalam diri kita, hati dan niat.


Monday, January 3, 2011

Iman first, then amal!


“Iman adalah mutaiara didalam hari manusia” ak nak nyanyi saikit..iman adalah asas yang penting, merupakan asas peribati setiap muslim..kalo manusia ini ibarat kereta, so iman ibarat petrol..dan kalo iman ni ibarat pokok, manusia ni ibarat akar..
ad banyak ayat dalam Al Quran bincangkn tentang iman ni, antaranya adalah surah Al ‘Asr, Allah telah berfirman “demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh”. 
So dalam ayat ini, Allah menyebut iman dahulu sebelum amal soleh, so amal yang didahui oleh iman sahaja diterima disisi Nya..Allah tidak akan melihat kepada rupa kamu atau harta kamu, tetapi Allah melihat apa yang ada pada hati kamu iaitu iman kamu..
berimankah seseorang yang tidak solat kepada Allah?? Okay, contoh dia, kalo seorang anak durhaka kepada ibu nya, adakah kita menganggap dia seorang yang baik? Sudah tentu tidak kan? So sama lah dalam keadaan di atas, sesiapa tidak melakuan solat sudah tentu dia derhaka kepada Allah..
hati yg baik adalah hati yang beriman kepada Allah dan beramal dengan iklas, ade x rase2 orang yang dedah aurat, tinggal solat, dan mencuri atas dunia ni niat kerana Allah? Mustahil kan..walau apa2 pn alasan yang die orang cube kasi, sebenarnye mereka cuba mengloyar burukan Allah sahaja..
menurut ayat Al Quran ini:


Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),[Maryam, 59]

So aku tegaskan kat sini, bahawa orang yang beriman sudah tentu akan beramal, tetapi yang beramal belum tentu akan beriman dan orang yang tidak beramal lagi tidak beriman sudah tentulah tiada iman di hatinya. Allah selalu mengingatkan kita dalam Al Quran bahawa Allah akan menerima amalan kita jika hanya kita beriman.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan_pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” [Al -Ashr]

“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.” [Al Anbia,94]

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.” [Al Baqarah,82]

“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.” [Maryam,60]


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.” [luqman,8]

niat di hati


عن
 أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
 Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

[Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi]


assalamualikum, aku rasa hadis ini berkait rapat dengan aku, aku telah banyak berhijrah atau berubah dari diri aku yang sebelum ni kepada apa yang aku ada sekarang, insyAllah aku berhijrah kerana Allah.. Hadis ni banyak mengajarkan aku erti niat dan perubahan pada diri..kisah aku bermula dengan perkenalan dengan seorang perempuan yang lebih kurang sebaya denganku, dia merupakan seorang yang bijak dari keluraga yang beragama malah boleh dikatakan sangat beragama, kami sama2 mentah dan tidak tahu sepak terajang iblis, selama 1 tahun lebih kami lalai dari Allah dan sesat dalam cinta duniawi, Alhamdulillah selepas aku keluar dari prauniversiti kami diberi secebis hidayah dari pada Allah.. secebis kesedaran muncul dalam hidup kami..

kami mula insaf, mula sedar yang cinta kami sebelum ini bukanlah cinta yang akan membawa kami ke syurga..air mata demi air mata, keinsafan demi keinsafan, taubat demi taubat..tiba2 bila aku terbaca hadis ini, aku terfikir, adakah aku berubah dan berhijrah kerana si dia ataupun aku benar2 mendapat hidayah dari Allah dan sedikit sebanyak berubah demi Allah..kalau aku berubah demi cinta makhluk, apa yang aku akan dapat cinta seorang makhluk, tapi kalau aku niat kerana Allah sudah tentu kasih sayang dari Allah aku dapat dan kasih sayang yang halal dari makhluk pn aku dapat, InsyAllah..

kerana niat adalah punca segala amalan, amalan yang baik mesti dari niat yang baik dan amalan yang buruk dari yang buruk..dan jangan lupa, yang niat yang baik dilakukan dengan amal yand tidak dilakukan dengan tidak mengikut hukum syara’ tidak akan membawa kepada kebaikan kepada kita..sama juga dengan niat yang baik dan tidak diniatkan kerana Allah adalah sia2 sahaja..

so skarang ni aku kene betulkan lagi niat aku, berubah bukan kerana si perempuan tetapi kerana Allah.. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu besar menjadi kecil kerana niat..hijrah merupakan amalan peristiwa yang besar dalam islam, so siapa2 yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya akan mendapat pahala yang besar dan sesiapa yang berhijrah kerana benda duniawi dan perempuan, maka mereka akan mendapat apa yang diniatnya..walaupun hijrah tiada lagi, kita boleh hijrah dengan makna meninggalkan maksiat..

bercinta kerana Allah dan berpisah kerana Allah..dan tiada erti couple sebelum kahwin dalam islam..cubalah paham hasutan syaitan, tidak kiralah anda berkopiah atau bertudung labuh..this is uddinsakki just drop by to remind you..assalamualikum 

ciri2 orang beriman dalam al quran.


Di dalam Al Quran Allah banyak memberitahu tentang sifat orang yang beriman, antara sifat orang yg briman dalam Al quran:
·         Khusyuk’ dalam solat.
·         Berpuasa.
·         Membayar zakat.
·         Menunaikan haji bila mampu.
·         Redha menerima ketentuan Allah.
·         Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah.
·         Menjauhi maksiat seperti zina, minum arak, judi, membunuh, cakap kotor, finah dan lain2.
·         Sabar atas ujian dari Allah.
·         Sentiasa bermujahadah, melawan nafsu dan membunag sifat mazmumah.
·         Berakhlak mulia seperti rendah diri, tolak ansur, berlapang dada.
·         Berserdahana dalam hidup dan tidak mahukan kemewahan dalam hidup.
·         Berkasih sayang sesama mukmin dan bertegas dank eras terhadapa orang kafir.
·         Tidak putus asa dalam menjalani hidup.
·         Sentiasa membetulkan diri dan dan menasihati dengan penuh bijaksana.
·         Suka tolong menolong antara manusia terutama sanak saudara.
·         Bersungguh2 melakukan perintah Allah, sekalipun menyusahkan diri.
·         Bersungguh meninggalkan larangan Allah, sekalipun melawan hawa nafsu.
·         Menjadikan berjuang dan berjihad sebagai kerja tetap sepanjang hayat.

RENUNGKAN


1.Bilakah kali terakhir aku menziarahi kedua orang tua aku.

2.Bila agaknya aku menziarahi mereka itu lagi.

3.Sudahkah aku doakan kesejahtera mereka.

4.Apa kharabar agaknya ahli keluarga aku.

5.Mengapa sudah lama aku tidak menghubungi mereka.

6.Sudahkah aku meminta maaf kepada orang yang telah aku sakiti dan orang yang aku kasari.

7.Sudahkah aku memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan terhadap aku.

8.Sudahkah aku tunaikan janji kepada anak2 atau sesiapa.

9.Sudahkan aku berzakat hasil keuntungan perniagaanku.

10.Bilakah akam aku buang segala sifat burukku.

11.Berapa banykkah kesalahan2ku.

12.Pernahkah aku menipu dalam perniagaan.

13.Sukakah aku kalau aku ditipu?

14.Berkatkah rezekiku?

15.Mungkinkah esok aku masih ada lagi.

16.Sudah cukupkah bekalan yang akan aku bawa?

17.Apakah Allah meredhai aku?

tadabbur al quran