Search This Blog

Monday, January 3, 2011

Iman first, then amal!


“Iman adalah mutaiara didalam hari manusia” ak nak nyanyi saikit..iman adalah asas yang penting, merupakan asas peribati setiap muslim..kalo manusia ini ibarat kereta, so iman ibarat petrol..dan kalo iman ni ibarat pokok, manusia ni ibarat akar..
ad banyak ayat dalam Al Quran bincangkn tentang iman ni, antaranya adalah surah Al ‘Asr, Allah telah berfirman “demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh”. 
So dalam ayat ini, Allah menyebut iman dahulu sebelum amal soleh, so amal yang didahui oleh iman sahaja diterima disisi Nya..Allah tidak akan melihat kepada rupa kamu atau harta kamu, tetapi Allah melihat apa yang ada pada hati kamu iaitu iman kamu..
berimankah seseorang yang tidak solat kepada Allah?? Okay, contoh dia, kalo seorang anak durhaka kepada ibu nya, adakah kita menganggap dia seorang yang baik? Sudah tentu tidak kan? So sama lah dalam keadaan di atas, sesiapa tidak melakuan solat sudah tentu dia derhaka kepada Allah..
hati yg baik adalah hati yang beriman kepada Allah dan beramal dengan iklas, ade x rase2 orang yang dedah aurat, tinggal solat, dan mencuri atas dunia ni niat kerana Allah? Mustahil kan..walau apa2 pn alasan yang die orang cube kasi, sebenarnye mereka cuba mengloyar burukan Allah sahaja..
menurut ayat Al Quran ini:


Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),[Maryam, 59]

So aku tegaskan kat sini, bahawa orang yang beriman sudah tentu akan beramal, tetapi yang beramal belum tentu akan beriman dan orang yang tidak beramal lagi tidak beriman sudah tentulah tiada iman di hatinya. Allah selalu mengingatkan kita dalam Al Quran bahawa Allah akan menerima amalan kita jika hanya kita beriman.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan_pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” [Al -Ashr]

“Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.” [Al Anbia,94]

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.” [Al Baqarah,82]

“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.” [Maryam,60]


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat.” [luqman,8]

No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran