Search This Blog

Thursday, November 18, 2010

secebis keinsafan



Aku dapat rasa hubungan aku dengan pencipa dalam 1 atau 2 hari setengah ni makin jauh dan jauh! Secebis keinsafan timbul apabila ketenagan dalam jiwaku hilang, aku dapat rasakanya, kesibukan hari ku untuk exam makin buat aku lagi jauh dari Allah. Semakin nak exam ni, semakin malas, semakin kuat tido, kuat tengok movie, iman berkurang dan hati tak tenang. Hati tidak tenang? Sedangkan Allah telah bersabda:

 Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)

Al quran ada semua jawapan kalo aku nak, tapi nape aku tak buat? Kenape aku nak ilangkan stress, aku main facebook? Kenape aku tengok movie? Nape?..  Hati aku dapat rasakannya, apa ni adalah suatu hidayah buat aku? Allahdulillah, mungkin ya! Kalo aku ambik tu sebagai ya, ape yang aku kene lakukan ialah taubat! Ada sepotong hadis:

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)
~Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia~
Ak tak patut letak study, makan, dan tengok movie lebih dari pergi surau!! Azan berbunyi:

 “āllahu ākbar āllahu ākbar, āllahu ākbar āllahu ākbar,
 āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah, āsh'hadu ān lā ilaha illā-llah,
 āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah, āsh'hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah,
hayyā `alā-s-salat, hayyā `alā-s-salat,
hayyā `alā-l-falāh, hayyā `alā-l-falāh,
 qad qāma tis-salaat, qad qāma tis-salaat,
āllahu ākbar, āllahu ākbar, lā ilaha illā-lah.”

Aku dengar azan, aku jawab azan, aku baca doa selapas azan, tapi sahutan aku tidak berbalas degan kunjungan ke surau! Dalam azan pun seru kita hayyā `alā-s-salat dulu sebelum hayyā `alā-l-falāh, aku tak tahu kenape, aku dengar, tapi aku tak patuh ngan seruan Azan, aku dengar tapi aku durhaka dengan seruan(سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا). Ape dah jadi? Lebih sibuk dengan dunia dari akhirat..kalau ade sape2 tanye kat aku, akhirat ke dunia lebih kekal? Sudah tentu aku jawab akirat.. tapi nape lah aku masih pegang pen untuk study?

“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (an-Naazi’aat: 37-39)

Sekarag baru solan timbul. Kalo aku tahu ape yang keluar nanti exam, sudah tentu aku membaca tentang topic itu, kaji topic itu, paham, dan kaji! Tapi, Allah da terang2 bagi Al quran dan hadis dari Muhammad peace be upon him sebagai pegangan, untuk jawab soalan dalam kubur nanti?

Dari Abu Ayyub r.a katanya:”Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang disiksa dalam kuburnya.”
 (Muslim)

Kenape aku tak study sume tu? Walaupun nanti aku akan di talqinkan, aku sure kalu aku mati pada saat ini, aku takan dapat jawab solan tersebut..shin chan dapat insaf, nape kita tak boleh...

Tuesday, November 16, 2010

umi


Umi…..
Umi cinta pertamaku sebelum aku lahir lagi.
Umi insan yang paling mulia pernah ku dekati.
Umi pemacu keluarga ini setelah ayah pergi.
Pengorbananmu amat mulia mendidik kami empat beradik.
Dengan kudratmu, kami tidak lapar dan dahaga.
Walaupun ayah dia disisi mu, engkau tabah menempuhi hidupmu.
Kesabaranmu amat aku kagumi.
Umi sabar dengan karenah kami semua.
Kegigihanmu tidak ternilai membesarkan kami adik beradik.
Dugaan hidupmu amat tinggi mahupun dari kami atau dari makhluk sekeliling.
Ramai menghina mu umi, termasuk kami yang umi lahirkan.
Ramai ambik kesempatan atas kebaikan umi.
Engkau insan yang mulia.
Umi sabar menempuhi duri2 hidup.
Umi selalu mengalah dengan kami.
Senyuman umi penuh penderitaan.
Kasih sayang umi pada kami tidak terkira.

Tapi…..
Umi dosa pertamaku setelah aku lahir.
Cakap umi ku maki, lidah umi ku bangkah, serumu tidak ku endah.
Perintah umi aku tangguh zaman.
Air mata umi sering aku tumpahkan di tikar sejadah.
Nasihat umi tidak aku pakai.
Hormat umi aku tak pernah.
Berkatmu tidak pernah ku pohon.
Aku hanyalah rintangan perjalanan umi menuju jannah.
Lahirku tidak meringankan hidup umi.
Hati mu selalu ku hiris dank u lapah.
Perasaan umi tidak pernah aku jaga.

Kini aku sedar…..
Dosaku kepadamu menggunung tinggi.
Keampunan umi ku pohon.
Ampunlah dosa2 kami wahai umi yang ku cintai.
Akan aku sujud di kaki umi.
Aku peluk erat jasad umi.
Akan aku kucup dahi umi.
Akan ku tagih redha umi.
Jasamu akan ku balas.
aku berjanji pada mu.
Kita tidak akan hidup macam ni lagi.
Akan ku ubah nasib mu umi.
Tidak kering lidahku mendoakan kebahagianmu di akhirat sana.
Akan ku bela hidupmu dengan ilmuku.
Walaupun aku tahu jasamu tidak akan terbalas.
Hanya doa dan kasih sayang umi aku dambarkan.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).[Al Ahqaf ,15]



Hadith :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 Riwayat al-Hakim

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
Riwayat Bukhari

Monday, November 15, 2010

boys talk



aku, atiff, dan bani sedang menunggu bas selepas pulang dari kuliah dr sakki. Sedang kami asyik melepak, datang seorang perempuan yang sempurana pakaiannya menutup aurat, berbaju purple, bertudung labuh dan berkaca mata. Aku cuba mengcari aurat perempuan itu tetapi gagal, dia terlalu sempurana pakaiannya, sopan santun cara dia berjalan, tunduk pandangannya..

Aku: tiff, tengok tu cepat! Awek muslimah la tiff, macam ni la bakal isteri aku nanti!

Atiff: no hal ah! Mesti tak dapatnyer kat ko tu, haha..insyAllah! Aku pon nak bini aku rupe ni la. Takkan lah nak buat bini gaya popuan yang macam tu!

Atiff memuncungkan mulut pada seorang perempuan di seberang jalan. Aku memandang kearah perempuan itu, dia memakai baju ketat, tidak bertudung dan sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki.lalu aku mengalihkan pandanganku, tetapi aku tidak berdaya untuk memandagkan pandangan ku kearah lain lagi. Dengan tidak sengaja lagi, aku memandang kearah perempuan si ketat itu. Aku cuba mengcari setiap penjuru badan perempuan moga2 ada bahagian yang tidak terdedah.selame 5minit aku mengcari dengan mata nafsu, tidak jumpa sikit pun bahagian badanya yg ditutup..

Aku:haha, macam2 la ko ni tiff, ak stuju ngan ko! Takkan nak wat bini popuan ni, silap2 sampai baju anak aku pon die kebas ni nanti.

Bani: gampang ko ni! Haha.betul2! rupe macam pelajur je aku tengok 2! Laki die pon ape la nak sangat popuan macam tu! Aku tak taw la nape ade gak laki yang nak kan popuan cam gampang tu!

Atiff: ko mulut!!! Sedap2 je cakap awek tu pelacur! Haha..tapi macam betol gak ko cakap tu bani..sampai sini ak dengar dak tu gelak, xde adab lagsung. Buat rempit boley la dak sial ni..

Aku: nak wat rempit ape! Ko tu naik bas je.. yang korang emosi and touching sangat ni nape ha? Aku suh ko tgk awek muslimah tu bukan dak seberang tu! Ado0o0i..tengok lah beza awek muslimah ngan awek ketat tu..macam lagit ngan bumi kan..

Bani: yup2!! Aku stuju..eh tiff, yang mane ko pilih wat bini kalo ko nak wat bini?

Atiff: hahah, awat bodoh sangat soalan ko tu?? Xde soalan yang power lagi ke? Mampos kene lempang kat mak aku la kalo pilih popuan sial tu..hihi..

Bani: yerla, ak tanye, mane la tau ko nak yang macam yang ketat tu ke..setahu aku, popuan yang baik untuk laki yang baik..tapi kita tiga2 ni macam takde yang baik je..macam mana nak dapat awek muslimah wat bini ni..haha

Aku: haaa, tahu pon ko bani..ko cakap die pelacur tu, ape cita? Kang dapat betol2 kang..

Atiff: amen..moga2 ko dapat bani!! Hahah..yang aku pelik tu, nape eh popuan yang suke pakai baju ketat, sluar ketat pakai macam tu eh? Kalo nak terberak kan susah die..

Bani: ko doakan aku sedap!! Haha..ado0oi..sal berak je ko ni..yang aku heran ni, nape die dedah kan badan, tapi bile kite nak teling2 skit dieorang marah eh? Da nak tunjuk tu, kasi habis laa..tu namenye rezeki datang berbukit..

Aku:hahaha, datang berbukit?? Ade maksud tu! Ahh, ntah lah, die ase die cantik sangat la tu..de boyfriend pon bodoh, laki die tu sanggup xlarang awek mendedah…

Bani: da name nye couple tu haram..memang la wat benda haram je..

Atiff: dah2 la tu kutok orang! Tengok awek muslimah tu, sume tutup, aurat pon tak Nampak..macam ni la yang laki suke! Kalo tanye mane2 laki la, sume jawab nak popuan muslimah kan..tapi nape ade gak yang cople ngan popuan macam tu..

Aku: bengap ko tiff, da couple bukan nak wat kawin pn, wat main2 je popuan macam tu..tengok la tu..dapat sentuh2 free, gelak same2..

Bani: tu laa, kalo aku rogol awek ni kan, die salahkan aku lak! Tapi die yang tunjuk2 kat aku! Ni aku geram ngan dak popuan zaman skarang ni..

Atiff: ko ni bani!! Mulut macam sial! Hahah..nak rogol la ape la..ko ngan popuan kelas kite pon ko malu.

Aku: dah2, bas kolej kita da sampai da..jom3..


Ape yang ana nak sampaikan ialah, kalau mana2 lelaki bercakap tentang ciri perempuan yang bakal di ambik untuk dibuat isteri, rata2 cakap nak yang:

i)            Bertudung
ii)           Tutup aurat
iii)         Berilmu agama
iv)         Hormat suami
v)          Cantik
vi)         Berharta
vii)       Sopan
Dan perempuan yang tidak dipilih untuk menjadi isteri apabila berbual ialah:
i)            Tidak bertudung
ii)           Berbaju ketat
iii)         Tidak sopan
iv)         Jahil ilmu agama
v)          Tiada rasa hormat

ayat Al Quran yang berkaitan:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[An Nur, 31]



hadis yang berkaitan:


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)


Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar".Abu Hurairah r.a

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

isteri solehah

Assalamuaikum, hari ini ana nak berbicara tentang isteri solehah, tak tahu lah kenapa ana terpikir untuk berkongsi tentang ni kat blog ni, untuk dapat isteri solehah pada zaman sekarang ni adalah susah pada pendapat ana, bukan takde perempuan yang baik, tapi ana berbalik pada diri sendiri, sebab untuk mengdapat isteri yang baik ni, si suami atau bakal suami perlulah jadi orang yang lebih baik lagi di sisi Allah,itu hanya pendapat ana, ape lah gunanya memberi pendapat ana sedagkan Al Quran itu dari Allah dan hadis itu tinggalan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Allah telah berfirman dalam surah An Nur:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An Nur 26]

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Huraian hadis:
Firman Allah SWT di dalam al-Quran,
 
surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..” 

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman.

Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ‘kaki suami’ yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.

Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!” (al-Bukhari)
Huraian hadis:
1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang."(Riwayat Al Bazzar). 


tadabbur al quran