Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

dicari atau didapati?



Hidayah, adakah perlu dicari atau didapati? Itu persoalanku. Ada kalanya aku kuat dan ada kalanya aku lemah, dan ada kalanya hampir tergadai iman atas kejahilan ilmu tentang islam. Islam adalah agamaku sejak aku kecil lagi, tetapi alangkah malangnya aku tidak mengambil peluang untuk mengenali dan mendalami ilmu agah atau atas asbab mereka mengcari kebanaran.

Setiap kali kita bersolat kita meminta untuk ditunjukan jalan yang lurus dengan membaca surah al fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus, (1;6)” tetapi betulkah jalan yang kita lalui selepas selesai bersolat?  Kebanyakan saudara baru lebih berilmu dari banyak golongan yang sudah lama memeluk islam, seperti mana diriku yang hina ini. Adakah ini semua hidayah yang diberikan oleh Allahkita lalui selepas solat? Adakah islam hanya ada dalam solat sahaja?  Pada setiap pagi kita membaca doa qunut. “ ya Allah, berilah aku hidayah sebagai mana orang2 yang engkau beri hidayah”  adakah jalan yang benar kita pilih pada petangnya?

Kita selalu meminta hidayah, adakah hidayah itu didapati atau dicari? Atau hanya sesuatu permintaan tampa niat dan keinginan yang diminta pada setiap hari? Hidyat merupakan petunjuk jalan, petunjuk kepada haq dan men jauhi yang batil. Pemilihan haq dan batil merupakan pilihan umat islam pada setiap saat dan ketika. Kita mintak hidayat daripada Allah, pada kaca mata usaha, kita sebenarnya perlu mencari hidayah, kita selalu mendengar alasan apabila ditanya kenapa melakukan perbuatan mungkar, lalu mereka menjawab “ aku tidak dapat hidayah lagi!”. Seolah2 kita mintak hidayah itu datang sendiri seperti mana maut menjemput diri.


Haq itu merupakan jalan yang benar, jalan yang lurus. Apa itu jalan yang lurus yang dimaksudkan dalam surah al fatihah ayat 6 itu? Jawapan itu terjawab apabila kita mencarinya dalam Al Quran itu sendiri dan mengikuti al Sunnah. Persoalan dalam Al Quran itu akan sendirinya terjawab dalam kitab agung tersebut. Jalan tersebut ialah “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(1;7)” . bertanya lagi pada diri sendiri, siapakah orang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut, iaitu orany yang mendapat nikmat dari Allah. Al quran menerangkan bahawa orang yang mendapat nikmat dari Allah adalah rasul dan nabinya, sidiqqin, orang mati syahid, dan orang2 yang soleh.

Ikut lah pesan Ali r.a , Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."


disini kita perlu membezakan antara menunggu hidayah dengan meminta hidayah, menunggu hidayah apabila seseorang itu inginkan sesuatu tetapi tidak berusha, tetapi meminta adalah mencari, hidayah itu milik Allah, padaNya lah kita perlu meminta dan memohon.Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa,maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...”muslim

Sunday, June 5, 2011

terimalah solatku ya Allah.

Solat, apa martabat solat dalam islam? Aku terlintas untuk share tentang ni sebab pada waktu magrib tadi ada seorang pemuda non muslim Tanya aku dah solat da ke belum, aku tersentap hati bila dia menayakan soalan yang sama kepada kawan sekejaku yang aku tidak pernah melihat dia break semasa waktu solat. Adakah ini suatu penghinaan terhadap agamaku? Adakah umat islam sekarang melalaikan solat? Jawapan kepada semua soalanku ada pada diri aku sendiri. Umpama sebuah cermin besar yang berada dihadapan ku. Solat lima waktu sehari semalam amat berat untuk dipikul oleh iman yang lemah sepertiku.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”( Bukhari )

Masa berlalu begitu cepat, hukum wajib bersolat telah lama jatuh ke atas batang tubuhku, ada kalanya merasakan beban, ada kalanya merasakan manisnya. Subuh, solat yang paling susah bagiku untuk turun ke surau, asar solat yang selalu lewat aku kerjakan sendirian. Itu semua yang bermain di kepalaku, aku berfikir sebentar tentang hubunganku dengan Ilahi, tuhan yang satu.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” Riwayat Muslim
Sudah banyak solat yang aku sia2kan, sudah banyak aku cuba untuk ganti, sudah banyak solat yang luput kerana mata, sudah banyak solat dalam keadaan leka yang ku kerjakan, sudah banyak solat aku kejakan sendirian tampa iman dan menjadi iman. Dengan tidak bersolat aku berdosa dan dengan tidak bersolat jugalah dosa kecilku tidak terhapus. Aku takutkan nerakamu ya Rabb, kenapa aku tidak takut untuk meninggalkan solatku, kurniakan aku hidaya ya Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”Riwayat Muslim

Aku tahu semua itu penting, aku percaya dengan hukum Allah. Aku tahu solat itu wajib dan ia mendatangkan kebaikan kepada diri aku sendiri, dan aku yakin bahawa kalau aku tidak menyembah Allah, kekuasaan Nya tidak akan berkurang sedikit pun. Kenapa amat susah bagiku untuk mendirikan solat? Adakah sempurna imanku? Adakan aku seorang muslim?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”Riwayat at-Tirmidzi

Aku tertanya2, adakah ini semua adalah petunjuk bagiku dari Allah, selama aku belajar bersolat sehingga kini, berapakah solatku yang dapat diterima Allah? Aku takutkan azab Mu ya Allah.

Anas r.a meriwayatkan, katanya:”Nabi s.a.w pernah memendekkan solat baginda, tetapi baginda melakukannya dengan sempurna.”(al-Bukhari)

‘ Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa.’  (2:177)


Saturday, June 4, 2011

kelebihan

Aku ada terbaca beberapa kisah nabi Musa a.s yang terlihat kelebihan2 umat nabi Muhammad, tapi aku sebagai pengikut Muhammad yang lemah ini tidak belihat kelebihan2 itu sebagai suatu benda yang bernilai, mungkin kerana kelemahan iman sendiri. tetapi, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam kalangan umat Muhammad, dalam umat yang agung.


                           Berkata Wahab bin Munabbih rahimahullah

Apabila Musa a.s membaca firman, terlihat olehnya sifat2 kelebihan umat Muhammad, lalu beliau bertanya : Ya Tuhanku! Siapakah umat yang dibelas kasihani ini? Yang ku dapati ada pada firman ini? Berfirman Tuhan: Itulah umat nabi Muhammad. Mereka redha dengan rezeki yang sedikit yang Aku berikan dan Aku pula redha dengan amalan yang sedikit dari mereka. Maka Aku masukkan mereka ke dalam syurga hanya dengan mereka menyebut kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH sahaja.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang dibangkitkan pada hari kiamat, sedangkan wajah mereka bersinar2 laksana bulan purnama, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: mereka itu umat nabi Muhammad. Aku bangkitkan mereka di Hari Kiamat dengan wajah mereka yang bersinar2 kerana wudhu’ dan sujud mereka.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang berkain selendang di punggung mereka masing2 , bersenjatakan pedang di bahu masing2. Mereka itu orang yang sentiasa bertawalkkal dan dadanya penuh dengan rasa yakin terhadap Mu. Mereka laungkan nama2 Allah pada setiap rumah Tuhan untuk berjihad di atas kebenaran, sehingga akhirnya mereka Berjaya membunuh dajjal, jadikanlah itu umatku! Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang meyembahMu pada sehari semalam 5 waktu, sehingga terbuka pintu2 langit untuk mereka dan turun rahmat keatas mereka, jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan untukMu, dan engkau ampuni setiap kesalahan mereka sebelum itu, Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang mengunjungi Baitul haram untukMU, mereka tiada keperluan lain untuk ditunaikan, mereka hanya meratap dan menagisi diri mereka, serta mengakat takbir membesarkan Tuhan,  jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad. Lalu Musa bertanya: Apakah ganjaran atas perbuata itu? Tuhan berfirman: Aku menambah mereka keampunan dan Aku akan membenarkan mereka untuk member syafaat kepad sesiapa yang datang sesudah mereka.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang memohon keampunan dari dosa2nya. Mereka menyuap satu suapan kedalam mulutnya, dan belum sampai makanan tersubut kedalam perutnya, melainkan dosa2 mereka itu akan di ampunkan. Mereka memulakan makan dengan menyebut namaMu serta mengakhiri dengan mengucap syukur,  jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat, mereka itu adalah umat yang terdahulu bangkit di padang Mahsyar pada Hari Kiamat, dan mereka jugalah yang terakhir dari makhluk2 yang lain, ya Tuhanku jadikanlah mereka itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.
Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat yang menyimpan kitab2 sucinya di dalam dada2 mereka dan mereka membacanya di mana sahaja mereka suka, jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat, mereka itu adalah umat yang mereka bercita2 untuk melakukan kebaikan, tetapi tidak mengerjakanya, maka mereka dicatatkan baginya suatu kebajikan. Akan tetapi jika diteruskan cita2nya itu, maka akan dicatitkan baginga 10 kali ganda sepertinya, sehingga mendapat 700 kali ganda , jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.

Berkata Musa a.s, Aku dapati di dalam firman ini suatu umat, mereka itu adalah umat yang mereka bercita untuk melakukan kejahatan tetapi tidak melakukan kejahatan tersebut, tidaklah dicatatkan di atasnya dosa. Akan tetapi jika diterukan niatnya itu akan dicatatkan hanya suatu dosa.  jadikanlah umat itu umatku. Tuhan berfirman: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.


begitulah kuatnya keinginan nabi Musa untuk menjadi nabi kepada kita semua, tetapi kita tidak pernah bersyukur kerana berada dalam kelompok umat ini...











tadabbur al quran