Search This Blog

Sunday, June 5, 2011

terimalah solatku ya Allah.

Solat, apa martabat solat dalam islam? Aku terlintas untuk share tentang ni sebab pada waktu magrib tadi ada seorang pemuda non muslim Tanya aku dah solat da ke belum, aku tersentap hati bila dia menayakan soalan yang sama kepada kawan sekejaku yang aku tidak pernah melihat dia break semasa waktu solat. Adakah ini suatu penghinaan terhadap agamaku? Adakah umat islam sekarang melalaikan solat? Jawapan kepada semua soalanku ada pada diri aku sendiri. Umpama sebuah cermin besar yang berada dihadapan ku. Solat lima waktu sehari semalam amat berat untuk dipikul oleh iman yang lemah sepertiku.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”( Bukhari )

Masa berlalu begitu cepat, hukum wajib bersolat telah lama jatuh ke atas batang tubuhku, ada kalanya merasakan beban, ada kalanya merasakan manisnya. Subuh, solat yang paling susah bagiku untuk turun ke surau, asar solat yang selalu lewat aku kerjakan sendirian. Itu semua yang bermain di kepalaku, aku berfikir sebentar tentang hubunganku dengan Ilahi, tuhan yang satu.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” Riwayat Muslim
Sudah banyak solat yang aku sia2kan, sudah banyak aku cuba untuk ganti, sudah banyak solat yang luput kerana mata, sudah banyak solat dalam keadaan leka yang ku kerjakan, sudah banyak solat aku kejakan sendirian tampa iman dan menjadi iman. Dengan tidak bersolat aku berdosa dan dengan tidak bersolat jugalah dosa kecilku tidak terhapus. Aku takutkan nerakamu ya Rabb, kenapa aku tidak takut untuk meninggalkan solatku, kurniakan aku hidaya ya Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”Riwayat Muslim

Aku tahu semua itu penting, aku percaya dengan hukum Allah. Aku tahu solat itu wajib dan ia mendatangkan kebaikan kepada diri aku sendiri, dan aku yakin bahawa kalau aku tidak menyembah Allah, kekuasaan Nya tidak akan berkurang sedikit pun. Kenapa amat susah bagiku untuk mendirikan solat? Adakah sempurna imanku? Adakan aku seorang muslim?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”Riwayat at-Tirmidzi

Aku tertanya2, adakah ini semua adalah petunjuk bagiku dari Allah, selama aku belajar bersolat sehingga kini, berapakah solatku yang dapat diterima Allah? Aku takutkan azab Mu ya Allah.

Anas r.a meriwayatkan, katanya:”Nabi s.a.w pernah memendekkan solat baginda, tetapi baginda melakukannya dengan sempurna.”(al-Bukhari)

‘ Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa.’  (2:177)


1 comment:

tadabbur al quran