Search This Blog

Tuesday, June 7, 2011

dicari atau didapati?



Hidayah, adakah perlu dicari atau didapati? Itu persoalanku. Ada kalanya aku kuat dan ada kalanya aku lemah, dan ada kalanya hampir tergadai iman atas kejahilan ilmu tentang islam. Islam adalah agamaku sejak aku kecil lagi, tetapi alangkah malangnya aku tidak mengambil peluang untuk mengenali dan mendalami ilmu agah atau atas asbab mereka mengcari kebanaran.

Setiap kali kita bersolat kita meminta untuk ditunjukan jalan yang lurus dengan membaca surah al fatihah, “Tunjukilah kami jalan yang lurus, (1;6)” tetapi betulkah jalan yang kita lalui selepas selesai bersolat?  Kebanyakan saudara baru lebih berilmu dari banyak golongan yang sudah lama memeluk islam, seperti mana diriku yang hina ini. Adakah ini semua hidayah yang diberikan oleh Allahkita lalui selepas solat? Adakah islam hanya ada dalam solat sahaja?  Pada setiap pagi kita membaca doa qunut. “ ya Allah, berilah aku hidayah sebagai mana orang2 yang engkau beri hidayah”  adakah jalan yang benar kita pilih pada petangnya?

Kita selalu meminta hidayah, adakah hidayah itu didapati atau dicari? Atau hanya sesuatu permintaan tampa niat dan keinginan yang diminta pada setiap hari? Hidyat merupakan petunjuk jalan, petunjuk kepada haq dan men jauhi yang batil. Pemilihan haq dan batil merupakan pilihan umat islam pada setiap saat dan ketika. Kita mintak hidayat daripada Allah, pada kaca mata usaha, kita sebenarnya perlu mencari hidayah, kita selalu mendengar alasan apabila ditanya kenapa melakukan perbuatan mungkar, lalu mereka menjawab “ aku tidak dapat hidayah lagi!”. Seolah2 kita mintak hidayah itu datang sendiri seperti mana maut menjemput diri.


Haq itu merupakan jalan yang benar, jalan yang lurus. Apa itu jalan yang lurus yang dimaksudkan dalam surah al fatihah ayat 6 itu? Jawapan itu terjawab apabila kita mencarinya dalam Al Quran itu sendiri dan mengikuti al Sunnah. Persoalan dalam Al Quran itu akan sendirinya terjawab dalam kitab agung tersebut. Jalan tersebut ialah “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(1;7)” . bertanya lagi pada diri sendiri, siapakah orang yang Allah maksudkan dalam ayat tersebut, iaitu orany yang mendapat nikmat dari Allah. Al quran menerangkan bahawa orang yang mendapat nikmat dari Allah adalah rasul dan nabinya, sidiqqin, orang mati syahid, dan orang2 yang soleh.

Ikut lah pesan Ali r.a , Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."


disini kita perlu membezakan antara menunggu hidayah dengan meminta hidayah, menunggu hidayah apabila seseorang itu inginkan sesuatu tetapi tidak berusha, tetapi meminta adalah mencari, hidayah itu milik Allah, padaNya lah kita perlu meminta dan memohon.Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) ”Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa,maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan...”muslim

No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran