Search This Blog

Tuesday, November 16, 2010

umi


Umi…..
Umi cinta pertamaku sebelum aku lahir lagi.
Umi insan yang paling mulia pernah ku dekati.
Umi pemacu keluarga ini setelah ayah pergi.
Pengorbananmu amat mulia mendidik kami empat beradik.
Dengan kudratmu, kami tidak lapar dan dahaga.
Walaupun ayah dia disisi mu, engkau tabah menempuhi hidupmu.
Kesabaranmu amat aku kagumi.
Umi sabar dengan karenah kami semua.
Kegigihanmu tidak ternilai membesarkan kami adik beradik.
Dugaan hidupmu amat tinggi mahupun dari kami atau dari makhluk sekeliling.
Ramai menghina mu umi, termasuk kami yang umi lahirkan.
Ramai ambik kesempatan atas kebaikan umi.
Engkau insan yang mulia.
Umi sabar menempuhi duri2 hidup.
Umi selalu mengalah dengan kami.
Senyuman umi penuh penderitaan.
Kasih sayang umi pada kami tidak terkira.

Tapi…..
Umi dosa pertamaku setelah aku lahir.
Cakap umi ku maki, lidah umi ku bangkah, serumu tidak ku endah.
Perintah umi aku tangguh zaman.
Air mata umi sering aku tumpahkan di tikar sejadah.
Nasihat umi tidak aku pakai.
Hormat umi aku tak pernah.
Berkatmu tidak pernah ku pohon.
Aku hanyalah rintangan perjalanan umi menuju jannah.
Lahirku tidak meringankan hidup umi.
Hati mu selalu ku hiris dank u lapah.
Perasaan umi tidak pernah aku jaga.

Kini aku sedar…..
Dosaku kepadamu menggunung tinggi.
Keampunan umi ku pohon.
Ampunlah dosa2 kami wahai umi yang ku cintai.
Akan aku sujud di kaki umi.
Aku peluk erat jasad umi.
Akan aku kucup dahi umi.
Akan ku tagih redha umi.
Jasamu akan ku balas.
aku berjanji pada mu.
Kita tidak akan hidup macam ni lagi.
Akan ku ubah nasib mu umi.
Tidak kering lidahku mendoakan kebahagianmu di akhirat sana.
Akan ku bela hidupmu dengan ilmuku.
Walaupun aku tahu jasamu tidak akan terbalas.
Hanya doa dan kasih sayang umi aku dambarkan.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).[Al Ahqaf ,15]



Hadith :

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 Riwayat al-Hakim

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
Riwayat Bukhari

No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran