Search This Blog

Thursday, October 21, 2010

who is ALLAH?

Sifat 20 Bagi ALLAH

Merupakan cara mengenali siapa itu Allah, tuhan yan kita sembah hari2. Tak kenal maka tak cinta, itulah sahutan buat kite, dan macam mana Allah nak sayang kita kalo Dia pun kita tidak kenal kan? Macam bini kita la, tak kenal, macam mana tak sayang, bila da kenal, macam2 la plak kan. So same goes here. Buat ape kalo sembah, tapi tidak tahu apa yang kita sembah.


“awak2, awak sembah ape time solat?” tanye pakwe kepada makwe. “saya sembah ALLAH la pakwe!” makwe menjawab, tersenyum bangga. “ape itu ALLAH?” pakwe membalas malu. “ermmmmmmm 99 nama ALLAH tak ingat lagi ke pakwe?”, membalas manje. “da ingat da 99 name tu, tapi tak kenal lagi ALLAH tu sape la makwe”, tersipu malu. “jom la kite belajar agama pakwe, da tak tahu kite belajar, baik dari kite couple!”…


~so actually, kita tidak ambik berat tentang ni semua. Yer time kecik2 dulu kite da study da bende2 ni semua, tapi cukup kah hanya ingat je sifat2 Allah??~



Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui. Banyak belaku persoalan tentang sifat 20, so ana nak inagtkan bahawa sifat 2o ni merupakan cara untuk mengenal Allah, dan boleh juga mengenal dengan cara2 lain berlandaskan hukum dan cara para ulama’.

1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada, ALLAH TAALA ITU ADA. Adanya Allah Ta'ala itu dengan sendirinya. Tidak ada permulaan dan tiada ada kesudahan.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

Firman Allah: Ertinya.. Tiada ada satu pun Tuhan yang sebenar melainkan . Allah. Manusia juga ada. Tetapi adanya manusia bukan dengan sendiri. Manusia ada pe-mulaan iaitu Ibu yang melahirkan. Manusia ada Kesudahan iaitu mesti mati.Yang demikian adanya Allah dan sekelian makhluk Allah berlainan dari segi sifat ujudNya.




 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia, ALLAH TAALA ITU SUDAH SEDIA sebelum suatu yang ada dan sediaNya Allah Taala dengan tiada ada permulan.



SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)
Firman Allah: Ertinya.. Dialah yang dahulu sedia tiada permulaan. Manusia tidak sedia kerana manusia dijadikan ada permulaan bagi kejadiannya. Barang yang telah diakui bahawa Allah Taala itu ada dan Dia yang mencipta segala-gala yang ada di atas langit, dibawah dan diantaranya.




3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal, ALLAH TAALA ITU KEKAL. Kekal Allah itu tetap selama-lamanya, tidak ada kesudahan baginya atau binasa.


SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

Firman Allah: Ertinya.. Allah yang mula menjadikan Alam, makhluk-makhluk kemudian dia mengulanginya setelah itu kepadaNya kamu akan kembali. Manusia tidak kekal, kerana ada kesudahan dan akan binasa. Tuhan itu kekal, tidak binasa sekali-kali.




4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu, ALLAH BAGI SEGALA YG BAHRU. Allah berlainan dari segala-galanya,sama ada pada zat sifat atau perbuatan. Segala yang baru itu ialah makhluk. Allah tidak serupa dengan makhluk, kerana makhluk itu yang baru dijadikan.


SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri, BERDIRI DENGAN SENDIRINYA. Allah mengurus segala sesuatu sama ada kecilatau besar dengan sendirinya. Allah tidak berkehendak . Allah pertolongan sesiapa pun tidak berkehendak kapada makhluk yang dijadikanNya. Bahkan makhluk yang berkehendak kapada Allah.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

Firman Allah: Ertinya.. Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia yang hidup, lagi berdiri dengan sendirinya.




6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa, eSA atau TUNGGAL. Allah itu asa, tidak ada yang sama dengan Nya Tidak adabandingan dan menyerupaiNya. Allah - Tuhan yang esa dan tunggal pada zatNya -sifatNya - perbuatanNya. Jika dikatakan Tuhan itu dua atau lebih, tentulah bertentangan diantara satu dengan yang lain.


SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

Firman Allah: Ertinya.. Katakan bahawa Tuhan itu satu, tidak banyak dan tidak berbilang-bilang.


7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa, Berkuasa. Allah berkuasa membuat segala suatu yang belum ada dan Allah berkuasa menghapuskan segala sesuatu yang Allah jadikan. Allah berkuasa menghidupkan dan mematikan, menjadikan dan menghapuskan

SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.


Firman Allah: Ertinya..Allah itu diatas segala suatu Ia berkuasa

8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan, Berkehendak. Allah Subaha Nahu Wata'ala berkehendak, tidak terjadi suatu melainkan dengan kehendaknya, apa yang dikehendaki mesti jadi dan yang tidak dikehendaki tidak akan jadi. Seperti Allah berkehendak menjadikan dunia ini dan menjadikan tiap-tiap sesuatu didalam dunia. Kemudian Allah mengatur perjalanan dunia, tidak menurut kehendak siapa-siapa.



SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui, Mengetahui. Allah Subha Nahu Wata'ala - mengetahui dengan tidak ada perantaran akan tiap-tiap suatu yang terang dan tersembunyai yang ada dilangit, dibumi dan diantaranya. Tidak terlindung dalam pengetahuan Allah pengetahuan Allah akan suatu kerana meliputi segala-galanya.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

Firman Allah: ertinya.. Sesungguhnya Allah amat mengetahu dengan tiap-tiap sesuatu.




10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup, HIDUP. Allah itu hidup. Hidup Allah tidak serupa dengan makhluk. Bukan pula seperti hidup tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Hidup makhluk ada nyawa, roh dan perjalanan darah. Hidup makhluk mesti makan dan minum dan berakhir dengan kematian. Hidup tumbuh-tumbuhan dengan air, udara dan cahaya matahari. Tetapi Allah hidup kekal dan tidak ada kesudahannya.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

Firman Allah: ertinya.. Tiada Tuhan selain Ia, yang hidup dan tegak (berdiri sendiri).




11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar, MENDENGAR. Allah mendengar tiap-tiap suatu. Allah mendengar apa sahaja yang diperkatakan sama ada kuat atau bisikan atau didalam hati. Pendengaran Allah tiada terhalang dengan apa pun. PendengaranNya tidak seperti pendegaran makhluk, kerana pendengaran makhluk dengan perantaraan telinga, bunyi-bunyi dan suara. Tetapi pendengaran Allah tidak dengan perantaraan sesuatu.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat, MELIHAT. Allah melihat tiap-tiap sesuatu. Allah melihat apa sahaja, walau pun semut hitam diwaktu malam yang kelam atau lebih kecil daripadanya. Pengelihatan Allah tidak terlindung dengan sesuatu apa pun sama ada dimuka bumi atau didalamnya, diatas langit dan apa sahaja terkandung dilangit. Pengelihatan Nya tidak seperti makhluk kerana penglihatan makhluk dengan perantaran mata dan biji mata, tetapi penglihatan Allah tidak dengan perantaran sesuatu.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata, BERKATA-KATA. Allah berkata-kata, perkataan Nya tidak seperti makhluk kerana kata-kata makhluk itu disebut dengan perantaran mulut, lidah dan dua bibir. Sifat-sifat ini termasuk sifat kalam adalah sifat-sifat Qadim yang berdiri atas zat yang qadim iaitu zat Allah, (Al-Quran itu sifat-sifat Allah yang qadim). Kita tidak boleh mengatakan Quran makhluk, walaupun yang dimaksudkan kepada perkataan yang tertulis diatas mashhaf itu kerana perkataan itu adalah gambaran dari kata Allah yang qadim.


SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa, Berkuasa. Mustahil Ia dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai
sifat Qudrah maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkuasa, tidak pernah . berhenti sekejap masa pun Dalilnya sama dengan sifa Qudrah.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan, Allah bersifat Kaunuhu Muridan ertinya dalam keadaan menghendaki. Mustahil Ia dalam keadaan tidak menghendaki. Oleh kerana Allah bersifat Iradah maka Ia selalu dalamkeadaan menghendaki. Dalilnya sama seperti dengan dalil sifat Iradah.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui, Allah bersifat Kaunuhu `Aaliaman ertinya tetap selalu dalam keadaan mengetahui. Mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap selalu dalam keadaan berilmu.
Dalilnya sama dengan sifat Ilmu.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup, Allah bersifat Kaunuhu Hayyan ertinya tetap selalu dalam keadaan hidup. Mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayatun maka Ia selalu dalam keadaan hidup. Dalilnya sama dengan sifat Hayatun.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar, Allah bersifat Kaunuhu Sami'an ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan mendengar. Mustahil Ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat sam'un maka Ia tetap selalu dalam keadaan mendengar. Dalilnya sama dengan sifat Sam'un.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat, Allah bersifat Kaunuhu Bashiran ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan melihat. Mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Basarun maka Ia selalu dalam keadaan melihat. Dalilnya sama dengan sifat Basarun.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata, Allah bersifat Kaunuhu Mutakalliman ertinya Allah tetap selalu mempunyai sifat Kalamun, maka Ia tetap selalu dalam keadaan berkata-kata. Dalilnya sama dengan sifat Kalamun.



SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Inilah yang dinamakan oleh Ahlussunnah Wal Jama'ah dengan sifat Allah yang dua puluh yang wajib diketahui dan diyakini seyakin-yakinnya oleh setiap Muslim yang akil baligh.

Kalau sudah menyakini sifat 20 yang mesti ada pada Allah dengan sendirinya kita mengetahui sifat 20 yang mustahil pada Allah iaitu lawan dari sifat dua puluh diatas. Mustahil ertinya perkara yang tidak diterima oleh akal fikiran akan adanya perkara itu. Kesimpulan sifat-sifat mustahil itu ialah sifat-sifat yang tidak sempurna bagi Allah.





No comments:

Post a Comment

tadabbur al quran